Saturday, May 28, 2011

Berdiam Diri Lebih Baik Dari Berbicara


~ I'm Not Mood Today ~

Madah Dari Hukama:
* Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.
* Menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.
* Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

p/s : saya hanya manusia biasa. kadang-kadang saya tidak boleh terima orang yang saya sayang mengeluarkan kata-kata yang agak kasar pada saya, walhal bukan salah saya. lebih baik saya hanya mendiamkan diri dari berkata-kata. Bukan kerana saya salah atau awak benar, tapi saya tidak mahu berlaku sengketa antara kita. Harap faham.



No comments:

Post a Comment