Wednesday, May 11, 2011

Adab Isteri Kepada Suami

Selamat Pagi ^___^ Ishhh lupe Assalamualaikum.. Hai Bloggies ;p
U all Sehat tak?? Kalau tak sehat pergu jumpe doctor yepp.. ;p
Suda Makan?? Kalau belum sila pergi makan dulu oke ,
Jangan kasik perut kosong yepp…
Oke, pagi tadi ai terbace satu entry nih. Sangat menarik untuk di share..
So, pada yang bergelar Isteri & Bakal Isteri, sila baca untuk panduan bersame


Adab Isteri Kepada Suami

1. Apabila suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan menyampuk atau memotong percakapan suami.

2. Apabila suami marah, hendaklah isteri mendiamkan diri dan jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut apabila suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari - hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda akibat dari kedegilan anda. Sebaliknya, jika suami anda pulang janganlag mengungkit atau menyambung pertengkaran lama. Sebaiknya, sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan segeralah memohon kemaafan kepada suami.

3. Kadang-kadang si suami gemar mengusik isterinya. Bila die menyakiti hati anda secara sengaja atau tidak hendaklah anda bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah peragai yang tidak matang dan keanak-anakkan.

4. Bila kuku, misai atau janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya melebihi segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik seperti isnin, khamis dan jumaat.

5. Bila suami berhajatkan sesuatu, hendaklah isteri segera melakukannya. Bangun segera apabila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak menimbulkan kemarahan atau menyebabkan suami tersinggung. Jangan anda membuat acuh tidak acuh dengan suami, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat pada suami.

6. Apabila memasak, masaklah lauk kegemaran suami anda. Suami akan gembira jika seleranya dipenuhi. Dan sebenarnya mereka lebih menggemari masakan isterinya dari masakan luar.

7. Apabila baju suami koyak atau tercabut benangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah sekemas yang mungkin supaya ianya kelihatan cantik.

8. Jika bertembung kehendak suami bersama anak-anak. hendaklah mendahulukan suami, begitu jugak kehendak ibu dan ayah. Melayani suami merupakan pahal yang besar buat para isteri

9. Apabila hendak menggunakan harta suami dan duitnya untuk diberikan kepada ibu dan bapa, hendaklah meminta izinnya terlebih dahulu.

10. Sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. Isteri hendaklah sentiasa berada dalam keadaan kemas dan wangi supaya dapat menimbulkan kesenangan suami.

11. Air minuman hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai diminta walaupun hanya segelas air masak.

P/S : Sebagai isteri hendaklah kita sentaiasa memuliakan dan mengutamakan suami. Kita juga haruslah menyenangkan hati suami supaya suami sayang kepada kita. Kita akan menjadi contoh2 pada anak-anak. Supaya mereka juga menghormati orang lain dan pasangan mereka

No comments:

Post a Comment